Tuesday, February 1, 2011

Adakah Cinta Memerlukan Sebab????

cerita SEMATA-MATA

Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka
berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si
isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang

         menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan

       abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa

         abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada

        saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman

        lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk

        puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang
sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta
Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Sisuami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang

disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah

engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan

kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau

menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika

disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau

tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan

setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?

Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan

sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,

selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik

dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia

boleh dirasai dalam hati."

No comments:

Post a Comment